Friday, September 26, 2008

RanKinG UiTM

Berikut adalah ranking Universiti Malaysia Di Dunia Yang terbaru. Diikuti dengan ranking di Malaysia, ranking dunia dan nama universiti :

(1) (929) Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
(2) (977) Universiti Sains Malaysia (USM)
(3) (1219) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
(4) (1281) Universiti Putra Malaysia (UPM)
(5) (1238) Universiti Malaya (UM)
(6) (1338) Malaysia Multimedia University (MMU)
(7) (1695) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)
(8) (1802) Universiti Teknologi MARA (UiTM)
(9) (1961) Universiti Utara Malaysia (UUM)
(10) (2536) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP)
(11) (2816) Universiti Malaysia Sabah (UMS)
(12) (3255) Monash University Malaysia
(13) (3308) Universiti Malaysia Sarawak (UniMAS)
(14) (3458) Universiti Teknologi Petronas (UTP)
(15) (3534) Universiti Tenaga Nasional (UniTEN)
(16) (3978) Universiti Tun Abdul Razak (UniTAR)
(17) (4315) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
(18) (4355) Curtin University of Technology Sarawak Campus
(19) (4690) Asia Pacific Institute of Information Technology
(20) (4999) Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Berikut adalah ranking Universiti Malaysia Di Dunia Pada Awal Tahun Ini
. Diikuti dengan ranking di Malaysia, ranking dunia dan nama universiti :

1) (1065)Universiti Sains Malaysia
2) (1087)Universiti Teknologi Malaysia

3) (1155) Malaysia Multimedia Universiti

4) (1357)Universiti Kebangsan
Malaysia
5) (1381)University of Malaya

6) (1709)International Islamic Universiti Malaysia
7) (1997)Universiti Utara Malaysia
8) (2022)UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA

9) (3316)Universiti Malaysia Sabah
10) (3636)Universiti Teknologi Petronas

11) (3721)Universiti Malaysia Sarawak

12) (3968)Universiti Malaysia Perlis


Di sebalik pelbagai tuduhan dan cemuhan yang dilemparkan oleh sesetengah individu yang melabel UiTM sebagai Universiti kelas bawah, tidah bermutu dan perkauman. UiTM selagi lagi menunjukan kematangan prestasi dengan melonjak dari kedudukan 2022 kepada 1802 tangga dunia.
Walaupun agak jauh ketinggalan dari universiti2 lain dalam dunia tetapi UiTM dapst memperbaiki kedudukannya. Tidak mustahil tahun hadapan kita dapat saksikan UiTM melojak dalam senarai 1000 universiti terbaik dunia dan tidak mustahil juga akan terpapar nama UiTM dalam kelopok 500 universiti terbaik dunia jika prestasi memberansangkan UiTM dapat dikekalkan.



Sumber : www.webometrics.inf

KENAPE AZLINA JAILANI ATAU NAMA KRISTIANNYA LINA JOY MURTAD???


Gambar Lina JOY dibelakang sekali, bersama2 dengan peguam2 nya

Kisah ini diceritakan oleh idividu yang melawat keluarga Lina Joy.

Assalamu'alaikum,
Saya sering tertanya-tanya, "tak kan lah ibu-bapa si Azlina ni langsung tak ambil peduli kisah anak perempuan mereka yang dah murtad dan sedang membuka pintu murtad secara bebas kepada umat Islam lain?" Tengahari tadi gejolak dalam jiwa saya itu terjawab apabila saya berkesempatan menziarahi keluarganya di USJ. Bapanya yang berasala dari Kancong Darat sudah lama meninggal dunia.
Yang menyambut rombongan kami seramai 10 orang terdiri dari pegawai2 dari MAIS, Dr. Zaleha Kamaruddin dari UIA, Hj Walid (my batch/my ofis mate) adalah ibunya, kakak, bapa saudara, ibu saudara, adik lelaki dan jirannya yang juga baru mendapat tahu bahawa Azlina yang sensasi tu adalah anak jirannya.

Ibunya, Mak Som kelihatan sugul sepanjang perbualan. Dapat saya rasai beban perasaan yang ditanggungnya selama 10 tahun ini terutama sekali apabila beliau mengenangkan pesanan arwah suaminya supaya memberikan perhatian kepada perlakuan Azlina ketika beliau di penghujung usia. Dari pemerhatian saya, keluarga Azlina ni adalah keluarga yang beragama, Mak som bertudung sempurna. Nampak sejadah tergantung di dua tempat berasingan, ayat2 al quran dan gambar besar kaabah terbentang di ruang tamu, (semua ni circumstancial evidence for my conclusion) Kata Mak Som, mereka mendidik Lin ( Azlina) sebagaimana orang lain, pendidikan agama setakat yang diberikan di sekolah ( Sri Aman- PJ) balik sekolah dia dihantar untuk mengaji al Quran di Sg Way, rumah ustaz. Beliau juga menunaikan solat dengan sempurna.

Namun kejadian kemalangan jalanraya lebih 10 tahun lalu di kampong mereka di Banting telah membawa kecelakaan kepada keluarga tersebut. Seorang lelaki India bernama Johnson yang terlibat dalam kemalangan tersebut telah secara tiba-tiba muncul dalam kehidupan Azlina. Beliau terlalu baik dan bersikap lemah lembut dan sopan santun terhadap keluarga ini selepas kemalangan tersebut sehingga apabila kereta Azlina terlantar di workshop beberapa minggu si Johnson inilah yang menjemput dan menghantarnya. Rupanya kebaikan si Johnson ni ada makna! Mak Som telah beberapa kali mengingatkan Johnson, kalau betul-betul minat, masuk Islam lah, tapi kata Johnson beliau belum bersedia.

Diam-tak diam si Azlina tu yang di baptize kan. Rupa-rupanya bapanya orang kuat church! Paderi ke apa saya tak tau. Apabila diconfranted beberapa kali, Azlina keluar dari rumah dan pindah rumah, tapi masih berkunjung ke rumah keluarganya. She's willing to talk to the family but not on that sensitive issue. Dia akan merajuk, 2-3 minggu tak muncul atau call. Mak Som pernah gunakan khidmat Datuk Ishak Baharom untuk dialog dengannya, tapi tak jalan. Hujahnya simple, "saya tak kacau orang". Kata kakanya, Azlina ni very vocal, firm, English speaking dan agak dominant dalam keluarganya.

She's now 42, according to the family dia belum kahwin dengan Johnson tu dan sedang tunggu outcome of this case. Tapi ada riwayat yang sampai kepada saya kata dah kahwin di church tapi x leh daftar sebab ada perkataan Islam on her mykad. Ibunya yang nampak sangat lemah dan kecewa itu sangat-sangat berharap untuk mengembalikan anaknya itu kepangkuan keluarganya dalam keadaan Islam dan beriman. Dia agak kecewa kerana ada beberapa individu dan pertubuhan yang menziarahinya dan cuba berusaha untuk membantunya tapi tak berjaya even untuk berkomunikasi pun dengan si Lin tu.

ALKIS bercadang untuk membawa Mak Som berserta keluarganya ke Majlis Forum ALKIS pada 5 Ogos nanti di Pusat Islam untuk membri peluang kepada keluarga ini menyatakan harapan mereka supaya Lin dikembali kepangkuan keluarganya dan agamanya. Semuga episode Azlina Jelani ini akan memberikan kesan positif kepada umat Islam, kita doakan beliau diberi hidayah untuk kembali ke jalan Allah.

sumber :
http://groups.yahoo.com/group/jenaka